Wednesday 18 April 2012

Peninggalanku..

maafkan aku sahabat..
maafkan aku untuk meninggalkan mu..
jangan sesekali kau sesali
jangan sesekali kau tangisi pemergian aku..
kehilangan aku seorang tidak menjejaskan harianmu
kerana masih ramai yang mengambil berat perihalmu..
berikan aku ruang dan aku
berikan kamu ruang untuk melupakan aku..

sahabat ku..
bukan sengaja aku bersikap zalim terhadapmu
bukan sengaja aku memutuskan ikatan kita
tetapi ia satu jalan penyelesaian yang seharusnya
agar kamu ikhlas dan jujur terhadap dirimu..
agar kamu ikhlas dan jujur terhadap suatu persahabatan
agar kamu ikhlas dan jujur dalam menempuhi hari - harimu
dan agar kamu ikhlas dan jujur melupakan aku dari ingatanmu

gunakanlah sepeninggalan ku ini
untuk kamu membina perkara yang baru..
yang dapat membangunkan semula semangatmu
yang dapat mewarnakan hari - harimu dengan tenang dan damai
yang dapat menyerikan persahabatan kamu yang baru
dan yang dapat melupakan aku dalam ingatanmu..
ku harap dengan pemergianku ini
kau akan menjadi yang lebih baik dari yang aku kenali..

sahabatku..
lupakanlah kau mengenai setiap perinci mengenai aku
lupakanlah kau perihal aku
lupakanlah kau setiap raut wajah aku
lupakanlah kau setiap baris kata yang keluar dari mulut aku
lupakanlah kau setiap kenangan aku bersama kamu

sahabatku
ikhlaskanlah hatimu dengan peninggalan aku..
dalam setiap keikhlasan yang wujud dalam persahabtan kita dulu menjadi satu memori
namun tidak mampu mencipta masa hadapan persahabtan kita bersama
kerana ia sudah berakhir..
namun jangan sesekali kau lupa untuk mendoakan persahabatan sampai syurga

SEMOGA KAU BERTEMU DENGAN SAHABAT SAMPAI SYURGA KAMU...