Tuesday 19 March 2013

Jatuh - Liyana Fizi

Permulaan satu kehidupan umpama bahtera. Perlu mencari anak kapal, perlu mengukuhkan bahtera, perlu mencari nakhoda kapal yang cerdik pandai dan sentiasa mempunyai hala tuju atau pencarian tanah yang ingin dijejaki.

Kehidupan yang tenang tidak akan datang bergolek melainkan kita berusaha ke arah nya. Bukan ilmu yang diukur dan juga amal yg dilihat. Ilmu dan amal tidak boleh dibezakan. Apa yang diterma adalah ilmu dan wajib kita praktis/amalkan (yang bermanfaat).

Ianya bermula dengan dengan sekeping daging dan kemudian terus membesar menjadi benih. Ditiupkan roh ke dalam jasad dan menjadi makhluk yang bernyawa. Dilahirkan oleh seorang wanita setelah 9 bulan 10 hari mengusungnya. Dijaga dengan rapi, dibesarkan dengan ilmu, diajarnya sunnah dan Al-quran, ditundukkan dengan ibadah, dibangkitkan dengan syukur, dikuatkan dengan tabah dan sabar, dikenalkan dengan CINTA dan dibentangkan dengan syurga. Insya Allah.

Dalam diperkenalkan cinta kita diajar untuk berilmu. Bukan berilmu untuk bercinta tetapi ilmu untuk menghadapi selepas bercinta. Bagaimana untuk membina masjid yang sentiasa teguh, sentiasa disinari cahaya, sentiasa dikunjungi jemaah dan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya.

Jadi, perkukuhkan lah bahtera (iman) dengan mencari anak - anak kapal (ilmu) yang amat bermanfaat. Mencarilah destinasi atau tanah yang ingin dijejaki atau ditawani (suami/isteri) dengan ikhlas, sabar dan beristiqamah menggunakan ilmu yang telah dicari. Teruskan mencari ilmu, kumpul ilmu dr semua bidang, satukan ilmu di dalam satu bahtera. Biar bahtera itu belayar dengan tenang dan mengikut Sunnah Nabi dan Al-quran.

Perkahwinan bukan penamat dalam satu kehidupan tetapi satu permulaan untuk memulakan kitaran manusia. Jangan menganggap bina sahaja sebuah masjid anda akan mati lalu terus ke syurga. Lupakah anda tentang tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri?. Cukupkah ilmu anda untuk membesarkan anak - anak? Membina perkahwinan biarlah ilmu penuh di minda dan iman penuh di dada.

Wahai pemuda teruskanlah perjuangan anda untuk berbakti pada diri sendiri dengan menimba ilmu. Teruskanlah perjuangan anda untuk mengukuhkan bahtera anda.

p/s : sila lah membaca entry ini juga. http://langitilahi.com/11493

Friday 8 March 2013

My two HERO

Ayah and abang. Mereka berdua ni mmg hero aku dlm dunia and plus my lil brother jugak la. Tp ikut title aku nak cte psal dua org yg sangat aku 'puja'

Ayah mmg cermat, jimat, teratur, teliti, and pndai sgt menguruskan duit. Abang seorg yg simple suka hidup mewah tp spdn dgn duit yg ada, bleh dikategorikan sbgai smart but not too smart bila bab pompuan and left-handed.

So mmg different gila dua hero no tp dsbbkan satu kedai they made themself as partner where as my father as 'tauke besar' and my brother as manager. So berdasarkan indentiti masing mmg diff gilaaaaa so of cos bkn of cos da mmg CONFIRM akan bertekak.

Sbgai cth mggu ni. Aku stress sbb mangsa nye aku. Selama berniaga tak pernah cuti so he decided nak take a leave forr three days and nak bercuti ke pangkor and as ussual mst buat last min sbb klu apply awal CONFIRM xdpt kelulusan from 'tauke besar' so die main blah semalam (jumaat) and ayah menunjukkan kemarahan dan kebengangan die dengan tak menghantar stok. Dan abg aku menunjukkan yg sama dengan membawa duit sale yg xseberapa.

Ayah buat alasan duit abg x bagi no stok. Padahal dah bgthu ari isnin kot stok dah berkurang and ak ingat lagi ayah nak dtg on tuesday antar stok tp xjadi. And khamis bru je die pas by kedai tp xsggah pun nak amik duit or wateva. And aku pun okay. Xyah jual. Jual apa yg ada je. Sooo goood. Itu tak pa lagi datang kedai smlm dgn barang yg sgt limited. Berkejar2 nak cri brang dgn duit tak de. Sooooo mmmmmggggg hensem abg aku ni kan!

Pastu abg lak dah thu nak cuti plss tlg kluarkan duit sndri. N dah thu nak gne duit ASB so kluarkan awal. Huh! Aku tak da 3 hari huru hara jadinye.

Then, mlm nye plak bertubi2 telefon berdering kejap ayah kejap abg. Sbb dieorg tak nak call each other aku yg jadi org tengah. Huh! Stress!

Moral of the story :
• Len kali nak cuti plss habiskan kerja anda yg tertangguh.
• And kalau nak melepaskan geram plss pda org yg spatutnya bkn org ketiga.
• Nak cuti guna duit sendri ye. Klu nak advance skali pun pls make sure kegunaan masa hadapan pun ter'cover' skali.
• Plssss jgn peningkan aku.