Tuesday 19 March 2013

Jatuh - Liyana Fizi

Permulaan satu kehidupan umpama bahtera. Perlu mencari anak kapal, perlu mengukuhkan bahtera, perlu mencari nakhoda kapal yang cerdik pandai dan sentiasa mempunyai hala tuju atau pencarian tanah yang ingin dijejaki.

Kehidupan yang tenang tidak akan datang bergolek melainkan kita berusaha ke arah nya. Bukan ilmu yang diukur dan juga amal yg dilihat. Ilmu dan amal tidak boleh dibezakan. Apa yang diterma adalah ilmu dan wajib kita praktis/amalkan (yang bermanfaat).

Ianya bermula dengan dengan sekeping daging dan kemudian terus membesar menjadi benih. Ditiupkan roh ke dalam jasad dan menjadi makhluk yang bernyawa. Dilahirkan oleh seorang wanita setelah 9 bulan 10 hari mengusungnya. Dijaga dengan rapi, dibesarkan dengan ilmu, diajarnya sunnah dan Al-quran, ditundukkan dengan ibadah, dibangkitkan dengan syukur, dikuatkan dengan tabah dan sabar, dikenalkan dengan CINTA dan dibentangkan dengan syurga. Insya Allah.

Dalam diperkenalkan cinta kita diajar untuk berilmu. Bukan berilmu untuk bercinta tetapi ilmu untuk menghadapi selepas bercinta. Bagaimana untuk membina masjid yang sentiasa teguh, sentiasa disinari cahaya, sentiasa dikunjungi jemaah dan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya.

Jadi, perkukuhkan lah bahtera (iman) dengan mencari anak - anak kapal (ilmu) yang amat bermanfaat. Mencarilah destinasi atau tanah yang ingin dijejaki atau ditawani (suami/isteri) dengan ikhlas, sabar dan beristiqamah menggunakan ilmu yang telah dicari. Teruskan mencari ilmu, kumpul ilmu dr semua bidang, satukan ilmu di dalam satu bahtera. Biar bahtera itu belayar dengan tenang dan mengikut Sunnah Nabi dan Al-quran.

Perkahwinan bukan penamat dalam satu kehidupan tetapi satu permulaan untuk memulakan kitaran manusia. Jangan menganggap bina sahaja sebuah masjid anda akan mati lalu terus ke syurga. Lupakah anda tentang tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri?. Cukupkah ilmu anda untuk membesarkan anak - anak? Membina perkahwinan biarlah ilmu penuh di minda dan iman penuh di dada.

Wahai pemuda teruskanlah perjuangan anda untuk berbakti pada diri sendiri dengan menimba ilmu. Teruskanlah perjuangan anda untuk mengukuhkan bahtera anda.

p/s : sila lah membaca entry ini juga. http://langitilahi.com/11493

No comments:

Post a Comment