Sunday 18 December 2011

Alkisah Popcorn dan Ibuku!

semenjak mesin popcorn berada di rumah, so bertungkus lumus la mak aku membuatnya, sejak dari hari rabu dan mak aku belajar untuk membuatnya dan berjaya membuatnya pada hari khamis..aku dah berulang kali cakap dekat mak aku 'mak, tak payah la buat..nanti mak penat' yelah mana tak penat siang office hour ada dekat pejabat insurans, petang nak uruskan makan malam family (kalau aku tolong n sometime aku tak tolong..hehe) then dlm kul 8pm bru dia start buat popcorn..

and as ussual aku yg membantunya kadang - kadang aku buat dan kadang - kadang aku 'packing'kan..dan selama berhari - hari ni jugak la aku selalu membebel suruh mak aku berhenti dari membuat popcorn..yelah umurnya pun dah lanjut nak buat macam kudrat orang muda buat pulak tuh, waktu malam yang sepatutnya orang tidur, yang dia buat kerja sampai larut malam sampai 1 ke 2 pagi..patut tak seorang warga emas tidur pada pukul 2 pagi semata-mata untuk membuat popcorn. haish! dan beria-ia juga dia nak buat sampai 200 bungkus popcorn!

dan sudah beberapa kali juga aku memberitahu pada mak aku supaya hantar mesin tu kepada pekerja ayah aku yang ada dekat TEMAN (Terminal Agri Bisnes Negara) sebab kat sana memang tiada apa - apa yang pekerja tuh perlu buat pada hari bekerja sebab memang tidak ramai orang..so should be mesin tuh ada dekat sana bak orang kata daripada makan gaji buta kan..

dan kebetulan pulak pada jumaat, sabtu dan ahad baru nih aku tolong abang aku dekat kiosk so lama jugak aku tak menyembang dengan abang aku dan aku mula bercerita pasal mak dan mesin popcorn nya..dan aku jugak cakap dekat abang aku kita akan tunggu dan lihat samapai bila ianya bertahan..

and finally pada malam tadi yang amat indah sambil menonton RM 1,000,000.00 Money Drop genap 5 hari selepas mesin popcorn itu sampai...

aku : mak tak buat popcorn ke??
mak : (sambil senyum dan buat muka) Tak lah..PENAT!..sakit kaki lah..
aku : sigh! hehehe..(terus ambil handfone and text dekat abg aku )
   Belovedbro 
Akhirnya abg...mak cakap letih nak buat popcorn! hahaha..sakit kaki katanya..i told you..haha

4 comments:

  1. cer hantar mesin tu kat rumah aku.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Modal aku kunyah pop corn smbil tgok movie kat rumah.. hahahahah!! XD

    ReplyDelete
  3. ek eleh..aku pun bleh buat dowh! bkn setakat aku..adik aku yg 4thn pun thu..hahahaha

    ReplyDelete